Monday, August 15, 2011

Ikan Bakar Buah Pear Jejari Tembam

Salam...hye all...

Oh my dear all..hihihi..hari ni JT a.k.a Jejari Tembam malas sgt nk masak..taktau la kenapa...tp kalau tak masak..nk makan apa..hihi....hajat di hati smlm...ingatkan nk masak soto..tapi tak jadi sbb malas nk keluar cari bahan....so masak je la apa yg ada....ok,ni pun resepi yg senang je..kacang je ni....hehehe....sorry yea..sbb malas,so malas nk hias cantik2..hehe..janji sedap kan...

Bahan-bahan A:

Ikan cencaru yg telah dibersihkan..belah ditengah2 tapi jgn sampai terputus yea.
1 sudu olive oil
sedikit garam
sedikit gula
1/2 btg serai yg dihiris nipis
2 1/2 sudu besar air perahan limau nipis
1 biji buah pear yg dihiris sederhana nipis

Bahan-bahan B (dikisar)
1/2 biji bawang besar (jgn bsr sgt..sederhana je..)
3 biji cili padi (kalau taknak pedas,pakai cili biasa je)
1 biji bawang putih
sehiris halia
1/2 biji tomato
3 hiris btg serai

Cara-cara menyediakan:
1. lumurkan dan perapkan kesemua bahan B dan sudahi dgn bahan-bahan A seperti olive oil+garam+gula dan 1/2 drpd air limau nipis..jgn lupa lumurkan sehingga ke bahagian dalam yg dibelah...akhir sekali letakkan serai yg telah dihiris nipis di atas ikan dan jirus baki air limau nipis yg berbaki dan tabur je buah pear tu di atas ikan..panaskan oven semasa ikan diperapkan dgn suhu 200 darjah celcius....biarkan ikan diperap selama 5-10 minit kemudian bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 20-30 minit.

* pstt:// kalau ada daun pisang..balut dgn daun pisang baru bakar..lagi sedap aromanya..

Sunday, August 14, 2011

pollo alla grigli Jejari Tembam


Salam...n Mabuhayy....

ni Rin nak ajar resepi plg senang skali....campak-campak...siap..hahaha...

Bahan-bahan :

Ayam / Daging (Rin ambik ayam yg cuma bhgn peha shj..1 bahagian)
1 camca teh serbuk ketumbar (klau takda blh pkai yg biji..tumbuk sedikit)
1 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 inch halia yg ditumbuk
1 btg serai yg diketuk
1 biji bawang sederhana besar dimayang
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit perahan asam limau
2 sudu madu
sedikit garam
cili yg dihiris nipis sbg hiasan

Cara-cara menyediakan:
1. kelarkan sedikit bahagian peha ayam tu dan cucuk2 kan ayam supaya bahan2 boleh menyerap dan memudahkan proses memasak..
2.gaulkan ayam dgn garam+serbuk kunyit dan semua bahan yg ada disudahi dgn perahan air limau nipis dan madu..letakkan bawang dan serai yg diketuk di atas ayam dan perapkan seketika (nk lbh sedap..perap lbh lama)..
3. lapiskan loyang dgn kertas aluminiun dan sedikit mentega dibawah ayam serta letakkan juga kertas aluminium diatas ayam utk mengelakkan terlalu garing atau hangus...kemudian bakar didalam oven dlm masa 30 minit dlm suhu antara 180-200darjah celcius ..jenis pembakaran pilih both iaitu pembakaran atas dan bawah..
selepas 30 minit...sedia dihidangkan...selamat mencuba!!

pancake dressing with honey n butter



Salam n hye all....

td dh buat penne...so this time Rin uploadkan cara-cara menyediakan pancake simple plak...

Bahan-bahan (saiz hidangan 2-4 org)::

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca teh tepung penaik
1 cawan yogurt asli (natural )
2 1/2 sudu besar gula perang (boleh juga gunakan gula pasir)
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air

Cara menyediakan:

1. Gaulkan tepung gandum+tepung penaik+yogurt+mentega+susu cair dan telur dan masukkan air...akhir sekali masukkan gula perang ..pukul hingga rata dan adunan menjadi licin dan berkilat..
2. rehatkan adunan selama 5 minit
3.gunakan kuali non-stick dan api yg perlahan...masukkan sedikit mentega sblm meletakkan adunan kedalam kuali dan bentukkan menjadi bulat...balikkan selepas 1 minit (pastikan guna api yg perlahan dan isi adunan jgn terlalu sedikit kalau tak ia akan jd nipis dan jgn terlalu tebal takut dalaman tak cukup masak)
2. sedia dihidangkan..dressing dgn madu dan butter atau syrup dan jam..kpd yg kurang suka makan manis..blh makan begitu shj..sedia dihidangkan panas atau sejuk..


penne saziare delisiozo Jejari Tembam



Salam...hye all....

arini nak share resepi mudah2 je...penne saziare delisiozo...penne yg mengenyangkan dan sedap..sgt mudah menyediakannya dan juga mengenyangkan..

Bahan-bahan (saiz hidangan 5-7 org):
1 bungkus Pasta jenis Penne (Rin pakai san remo)
3 sudu besar olive oil
2 sudu besar minyak masak
1 tin tomato puri
1 biji bawang besar
1 1/2 biji bawang putih
sehiris nipis halia
setengah sudu cili boh / 3 biji cili kecil (rin pakai cili kering yg diblend)
1 biji tomato yg dipotong dadu
semangkuk kecil udang yg dibuang kulit
semangkuk kecil daging cincang
sayur-sayuran (optional..Rin tak letak sbb tak suka..hihi)
limau nipis yg dipotong utk perasa

Cara menyediakan::
1. didihkan air dan apabila air hampir mendidih masukkan 2 titik minyak msk (supaya penne tidak melekat2) dan masukkan penne sehingga terendam semuanya..masukkan sedikit garam..tunggu sehingga penne berubah warna dan bentuk kemudian toskan..
2. Kisar halus/blend bawang bsr+bwg putih+halia dan panaskan minyak masak..tumis bahan2 yg dikisar td sehingga naik bau dan kekuningan kemudia masukkan cili boh dan tumis seketika..kemudian masukkan kesemua bahan2 lain spt daging dan udang,tomato yg dipotong dadu..tumis dan gaul hingga sebati...pastikan daging tidak berketul-ketul dan masak ..
3. apabila tumisan betul-betul naik bau masukkan penne..gaul seketika dan akhir sekali masukkan olive oil dan gaul rata...
4. siap dihidangkan..boleh dihidangkan bersama perahan air limau nipis utk rasa masam sedikit...nyummy!

Saturday, August 13, 2011

Bujur ke Penjong?



Salam n hye all...

ni nk citer..td masa buat Ketam masak telur masin...Rin terjumpa telur masin yg lain sket bentuknye...mmg lain ar....rasa mcm nk ambik pengukur je utk ukur bentuk telur tu..hehe...Rin perasan lepas bersihkan telur tu..haa....tgokla..ni la rupanyer..yg sebelah tu bentuk telur yg biasa..hehe..senangla itik tu nk bertelur nye...sejuk perut mak itik...hehehe...amacam????









Trifle Jejari Tembam











Salam...hye all....

Kali ni teringin nak kongsi resepi trifle...sebenarnya Rin tak pernah buat pun..but tengok air tgn kawan sekolah iaitu Pn.Soliha Razali tu..mmg terliur habis...so minta resepi...tapi Rin ni mengada sket..first time buat dah nak buat bagi semua rasa....mak mertua sekeluarga 4 org sbb Rin dgn Hubby buka puasa dgn diaorg..then ma Rin sendiri..4 org and last but not least..jiran sebelah rumah..Kak Ja sekeluarga juga 4 org..so mcmmn yek..resepi asal tak pasti utk brp org..so Rin outer la resepi tu sket...so hasilnya sgt memberangsangkan...

Bahan-bahan: (saiz hidangan utk 10-13org)

2 kotak..Kek Apollo (siapa yg tak suka manis sgt just beli kek span atau kek kukus kosong je)
4 sudu bsr tepung kastard (rin pakai cap bunga raya)
setengah tin susu cair (kalau suka manis blh guna 1 tin sederhana,Rin guna Ideal)
2 kotak jelly crystal (rin pkai cap nona perisa strawberry)
1 biji telur (just ambik kuningnya shj)
1 tin bsr cocktail atau buahan2 yg dipotong kecil dan dadu
ceri /buah dipotong utk hiasan

Cara-cara membuatnya:

1. didihkan 800ml air..bila hampir mendidih,masukkan jelly crystal dan kacau perlahan2..selepas mendidih,sejukkan dgn suhu bilik...
2. sementara itu,susun kek apollo atau kek kedlm bekas yg bersesuaian (klau blh kaca biar cpt sejuk dan cantik) secara rata,kalau nk buat dua lapis pun takapa..tp bergantung kpd ketinggian bekas...
3. kemudian agak2 jelly crystal td mcm berlendir..blh tuangkan ke dlm bekas yg tlh disusun dgn kek td..jgn terlalu sedikit atau terlalu bnyk..
4. then,didihkan 800ml air sambil tu ambil tepung kastard dan kuning telur pukul di dlm satu bekas sehingga sebati dan sejatkan ke dlm air yg dididihkan td dan kacau perlahan-lahan (ini utk mengelakkan tepung berketul-ketul dan tdk mengeluarkan bnyk buih udara)..kacau hingga naik bau tepung dan masukkan susu cair sambil kacau perlahan-lahan sehingga likat..dan kuningnya nmpak cantik..sejukkan dgn suhu bilik...
5. sambil tunggu kastard sejuk,bolehla susun buah /buahan cocktail ke dlm bekas diatas jelly..pastikan jelly belum mengeras sepenuhnya..last sekali tuangkan kastard di lapisan plg atas..jgn terlalu bnyk dan jgn terlalu sedikit..
6. buat hiasan di ats kastard dan sejukkan di dlm peti sejuk..selepas setengah jam..dah boleh dihidangkan..

pst:// Rin mmg tak suka manis melampau so inila sukatannya..sbb layer by layer tu biar tersusun kemanisannya..yg last skali manis ialah kek..kalau semuanya manis..alamatnya kerat kaki la lps ni...hehehe..so slmt mencuba...

Friday, July 29, 2011

Hell's Kitchen Paradise Tongue


salam semua...
Hari ni Rin nak share resepi yang baru je dicipta baru je sekejap tadi ..hehehe...nama kuih ni pun blum set lagi..jap ye..apa yek? erm, Kuih Kukus Kurma....ok tak? hehe..ok ni resepinya,sgt ringkas,sangat mudah menyediakan dan sgt menjimatkan masa anda..selamat mencuba yea..

Bahan-bahan:

4-5 keping roti
1 bj telur
3-4 sudu tepung gandum
2 cawan tea susu segar
5 bj buah kurma
1 1/2 tepung kastard dibancuh dgn air panas sedikit dan gula
sedikit gula dan secubit garam

cara-cara menyediakan:

potong /hiris roti menjadi serpihan kecil kemudian gaul sebati bersama secawan susu...
apabila sebati,masukkan telur..dan masukkan sedikit air dlm 5 sudu camca besar..
kacau sebati..masukkan sedikit garam dan gula..kemudian masukkan tepung gandum
dan masukkan lagi secawan susu segar...apabila sebati masukkan tepung kastard yang sudah dibancuh...akhir sekali masukkan sedikit hirisan kurma yg dicincang halus..
setelah semua bahan sebati,masukkan ke dalam bekas acuan dan
taburkan baki hirisan kurma diatas adunan dan masukkan ke dalam
periuk kukusan yang sudah dipanaskan terlebih dahulu...
biarkan kukusan selama 30minit....then,siap...sejukkan seketika dan
bolehla dipotong utk hidangan minum pagi atau minum petang...
utk lebih enak,hidangkan bersama madu/seri kaya..

selamat mencuba...!!
* resepi ni sgt berguna juga utk menyelamat roti2 yg dh nk expired..
ia juga blh dihiris dan dimasukkan kedalam cocktail...sgt sedap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...