Wednesday, September 14, 2011

Bihun Sup Siam Daging Jejari Tembam




Salam..Salam hamba buat semua...hihihi

haiyaaa.....bila dh ptg2..rasa mcm dh malas2 nk ke dapur tu..tp klau tiba2 suami lapar..so apa penyelesaiannya?? meh la jenguk resepi JT yg simple miple nie..tak ambik masa lama pun..meh tgok meh....

BIHUN SUP SIAM DAGING JEJARI TEMBAM.

Bahan-bahan

Bihun yg direbus dan toskan
Daging yg dihiris nipis atau dipotong kecil-kecil
1 sudu besar pati ayam
garam secukupnya
air secukupnya
daun sup yang dihiris

Bahan tumisan
1 bj bawang bsr
2 ulas bawang putih
2 inch halia
lada secukupnya tp tak perlu pedas sgt sbb ada sos lada kicap nnti
1/2 biji tomato sederhana besar
* semua bahan tumisan diatas hendaklah dikisar
1 inch kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
1/2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu bsr perencah sup siam adabi (klau pkai sudu janda buatla 2 sudu)
1 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara Menyediakan

-bihun yg sudah direbus,ketepikan dan toskan
- tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga garing dan naik bau bersama sedikit minyak
-selepas tumisan garing,masukkan daging dan gaul seketika sehingga daging sebati dgn bahan tumisan dan separa masak.
-kemudian masukkan air secukupnya utk menjadi kuah dan perasakan dgn garam dan pati ayam secukupnya.
-biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan bersama bihun yg telah ditoskan.
-untuk hiasan,boleh taburkan daun sup yg telah dihiris.


Sos Lada Kicap
1 biji bawang putih (dikisar)
5 biji cili hijau/cili api(dikisar)
1 sudu teh gula
1 sudu bsr air perahan limau kasturi
gaulkan kesemua bahan-bahan dan sedia dihidangkan.

haaaa...senangkan tak sampai setengah jam pun....jom cuba!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...