Wednesday, September 14, 2011

Tupat Sutong Jejari Tembam





Salam semua...

hurm...mesti ramai yg nak cuba resepi ni kan...haaaa...buatnyer senang bangat..tp takleh mkn selalu...kolestrolllll....hihihi...menu ni glamer la kat kelantan...JT pun ada darah kelantan juga belah ma...ma pun jarang buat sbb abah tak mkn..abah JT org selangor..tak reti mkn mende gini..lgpun abah gout,takleh mkn seafood...hihi...JT mmg suka..sbb JT membesar ngan nenek atau JT panggil mok..dh meninggal lama dh..sejak tu tak dapat dh mkn tupat sutong...arwah mok buat mmg superb!! takde yg blh celen punyer..so tekak JT yg dh teringin sgt nk makan ni..minta tlg kwn yg reti buat..tak sampai2 kat JT...telan air liur je...sabar je la...so terpaksala JT cari resepi..tanya2 mak saudara JT iaitu makda...laa..senang je rupanya...hihihi..thanks makda..hurm ma ckp,makda ni mmg terer bab kuih muih kelantan ni..oppss lupa plak,makda ni adik my mom no 2..my mom anak sulung...hihi

TUPAT SUTONG JEJARI TEMBAM.

Bahan-bahan

8 ekor Sotong yg dicuci bersih..(klau tak bersih nnti nk makan bau hanyir..)
2 relung gula nisan
santan secukupnya
garam secukupnya
sedikit gula pasir
beras pulut secukupnya

Cara menyediakan
-cucikan sotong bersih2 dan isikan beras pulut ke dlm sotong lbh kurang 1/2 dari badan sotong tp jgn padatkan beras tu..nnti beras pulut jd jelantah pulak.
-selepas isikan,pinkan dgn lidi dan pinkan sekali kepala sotong tu sebagai penutup.
- susun kan ke dalam periuk elok2.
-pecah-pecahkan gula nisan tu dan tabur ke dlm periuk.
-masukkan santan secukupnya paras sotong tu.(asalkan sotong tenggelam,tp tak perlu banyak sgt)dan perasakan dgn garam kasar dan gula pasir.
-tutupkan periuk dan masak dgn api yg sgt perlahan.biarkan sehingga sotong dan beras pulut masak (sotong akan menjadi padat berisi).
-sejukkan dan sedia dihidangkan atau boleh dipotong sebelum dihidangkan.

Bihun Sup Siam Daging Jejari Tembam




Salam..Salam hamba buat semua...hihihi

haiyaaa.....bila dh ptg2..rasa mcm dh malas2 nk ke dapur tu..tp klau tiba2 suami lapar..so apa penyelesaiannya?? meh la jenguk resepi JT yg simple miple nie..tak ambik masa lama pun..meh tgok meh....

BIHUN SUP SIAM DAGING JEJARI TEMBAM.

Bahan-bahan

Bihun yg direbus dan toskan
Daging yg dihiris nipis atau dipotong kecil-kecil
1 sudu besar pati ayam
garam secukupnya
air secukupnya
daun sup yang dihiris

Bahan tumisan
1 bj bawang bsr
2 ulas bawang putih
2 inch halia
lada secukupnya tp tak perlu pedas sgt sbb ada sos lada kicap nnti
1/2 biji tomato sederhana besar
* semua bahan tumisan diatas hendaklah dikisar
1 inch kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
1/2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu bsr perencah sup siam adabi (klau pkai sudu janda buatla 2 sudu)
1 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara Menyediakan

-bihun yg sudah direbus,ketepikan dan toskan
- tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga garing dan naik bau bersama sedikit minyak
-selepas tumisan garing,masukkan daging dan gaul seketika sehingga daging sebati dgn bahan tumisan dan separa masak.
-kemudian masukkan air secukupnya utk menjadi kuah dan perasakan dgn garam dan pati ayam secukupnya.
-biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan bersama bihun yg telah ditoskan.
-untuk hiasan,boleh taburkan daun sup yg telah dihiris.


Sos Lada Kicap
1 biji bawang putih (dikisar)
5 biji cili hijau/cili api(dikisar)
1 sudu teh gula
1 sudu bsr air perahan limau kasturi
gaulkan kesemua bahan-bahan dan sedia dihidangkan.

haaaa...senangkan tak sampai setengah jam pun....jom cuba!!

Chicken Congee Jejari Tembam




Salam ...hye all...

Sorryla..JT dh lama tak menaip dlm blog ni..bukan apa,musim raya2 ni..mkn bnyk..bdn pun tak brp nk sihat..tu la malas nk membuka notebook ni..tp sbb dh lama..boring la plak kan...haaa...masa raya2 ni,bnyk umah terbuka...mkn..mkn..mkn....apakata bila kita dh blk umah tu,buatla mknn yg sihat dan simple pula...asyik berlemak+bersantan je kan...apa kata kita rebus-rebusan plak..hehee.....ok,ni JT share buat bubur yang boleh merangkap nasi air...pernah dgr ke?nasi air ni popular di negeri Kelantan..tp bukanla btul2 nasi air yg JT buat ni..klau nasi air tu,lain kali la JT sharekan resepinya yea...ok,ni dia resepi Chicken Congee Jejari Tembam..

Bahan-Bahan (saiz hidangan 2-4org)
- segenggam beras yg dikisar separa halus(JT pakai beras basmathi..klau takda,pkai beras biasa janji yg berkanji...ok)
-sesudu besar pati ayam (JT pakai knorr yg serbuk)
-garam secukup rasa
-air secukupnya/stok ayam

Cara menyediakan
- basuh beras yg telah dikisar dan toskan.
-panaskan periuk sederhana bsr dan masukkan beras dan air..air biar berlebihan sehingga 3/4 muatan periuk.
-masak dgn api yg perlahan,siapa yg ada slow cooker lg senang..masukkan semua bahan dan biarkan je..
-bila beras dah jd bubur,masukkan pati ayam dan garam..gaul rata dan biarkan btul2 masak...jgn biarkan iar terlalu kering.
- boleh bubur dh masak,boleh dihidangkan bersama ikan bilis/kacang goreng utk menjadi rencah atau telur hancur dan ikan kering utk mkn bersama.

ps/kalau tak habis..bubur tu boleh simpan dlm peti ais dan boleh tahan lama..bila nk mkn panaskan sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...