Sorry sgt2 yea..lately mmg tak on laptop langsung...kesibukkan melanda diri JT a.k.a Jejari Tembam nie..hiuhiu...tp dlm ke'bz'an tu..ada la jugak jejari tembam JT ni menangkis menyedok senduk kuali periuk kat dapur...haa....hari tu JT citer pasal madu kan...kan...kan....so ni nak share la resepi yg berkenaan...Nasi Beriyani (actually tak brp nk kompem la ejaan briyani ker atau beriyani...hehe..cikgu tak ajar dulu...hihi)..wokeh...ni ada resepi lengkap hidangan Nasi Beriyani Madu+ Daging Prune Masam Manis+ Acar + Ayam Goreng Rempah Madu..oh yea...boleh juga dihidangkan dgn ayam masak sambal berlada yea...later JT bg resepi..
psst://jgn terpedaya dgn gambar tu sgt yea..sbb tu je yg tinggal selepas diagih-agihkan kpd my mom,my mother in law sekeluarga dan 2 org staff Hubby..JT bersilat jugakla kat dapur sbb masuk dapur lewat..hihi..dkt pukul 6.15pm baru masuk..so got only 45 minutes jer utk siapkan semua..so utk JT ngan Hubby punya dish mmg taksempat nk hias apa2..so just snap je gambar cpt2 sbb Mr.Hubby dah tak sabar sgt nk menjamah...hihi...mak mertua+adik ipar JT dan juga mom JT sndiri memuji...alhamdulillah..Hubby takyah cakap la..mkn smpai 3 pinggan menambah dan order utk hidangan raya pertama nanti utk dibawa ke rumah nenda..adussss....hihi...so..jom tgok resepinyer...
Nasi Beriyani Madu Jejari Tembam
Bahan-Bahan (saiz hidangan 10 -15 org):
800gram-1 kg Beras Basmathi (basuh dan toskan)
2 sudu besar rempah beriyani (JT pakai yg nona)
2 biji buah tomato ( potong dadu)
3 biji cili merah (potong 2 dan belah)
3 biji cili hijau (belah dua..kalau nk pedas blh tambah)
3 1/2 cawan stok ayam (klau takda blh gantikan dgn air)
1 cawan susu cair (JT guna carnation)
4 sudu besar minyak sapi
1 1/2 sudu besar madu
kismis
gajus (yg telah digoreng)
sedikit garam
pewarna (jika ingin mewarnakan nasi..JT tak letak pewarna)
daun sup (dihiris nipis)
Bahan tumisan
4 ulas bawang merah (bawang kecil)-kisar halus
3 ulas bawang putih-kisar halus
2 cm halia-kisar halus
1 inch kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji tomato-kisar halus
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dlm 3 sudu besar dan minyak sapi didalam kuali biasa..tumiskan bahan2 tumisan hingga naik wangi
2. Masukkan rempah beriyani+cili+tomato+madu dan tunggu sehingga rempah betul-betul masak dan naik bau..kemudian masukkan beras yg ditos bersama 1 cawan stok ayam dan susu cair..kacau seketika...apabila ramuan sebati..pindahkan kesemuanya kedalam rice cooker yg telah dipanaskan terlebih dahulu..
3. Apabila dipindahkan kesemuanya ke dalam rice cooker,tambahkan air stok ayam yg berbaki dan gaul rata..biarkan sehingga nasi separa masak..apabila rice cooker sudah keep warm,masukkan gajus dan kismis dan gaul rata...biarkan betul-betul masak dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar semua bahan digaul rata dan seimbang tanpa mematahkan tekstur beras..
4. Hiaskan cili dan daun sup yg telah dihiris... dan sedia dihidangkan..
Daging Prune Masam Manis Jejari Tembam
Bahan-bahan:
1 kg daging ( dibersihkan dan dipotong kecil)
1/2 cawan buah prune (JT pkai prune sunsweet tu jer..)
1/2 cawan air
5 ulas bawang putih -dikisar halus
10 ulas bawang merah - dikisar halus
2 inch halia - dikisar halus
4 sudu besar minyak masak
sedikit garam
1 1/2 sudu madu
Bahan Perapan Daging
6 sudu besar sos tomato (JT pakai Kimball)
5 sudu besar kicap (JT pakai kicap manis cap kipas udang)
2 1/2 sudu besar cili mesin
4 sudu besar rempah kari
Cara menyediakan:
1. Daging diperapkan selama sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga naik bau tumisan yang wangi...
3. Setelah tumisan wangi dan garing,masukkan daging yang telah diperap bersama kuahnya...goreng sehingga bahan tumisan sekata dan garing kemudian akhir sekali masukkan buah prune yang telah dicincang halus dan kacau rata hingga betul-betul sebati..
4. akhir sekali,perasakan dgn madu dan sedikit garam.
5.Gaul sebati dan sedia dihidangkan..
Acar Nenas Madu Jejari Tembam
Bahan-bahan:
1 biji nenas madu yang agak masak (dipotong kecil-kecil)
1 biji timun (dipotong dan hiris )
1/2 biji carrot (dipotong dan dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang merah (bawang kecil-dihiris nipis)
4 sudu besar lime jus (blh juga kalau nak gantikan dgn 1 1/2 sudu besar cuka)
3 biji cili merah (dikisar halus)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
sedikit garam
sedikit gula
Cara Menyediakan:
Campurkan kesemua bahan,gaul sebati dan sedia dihidangkan..
Ayam Goreng Rempah Madu Jejari Tembam
Bahan-Bahan:
1 1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dibuang kulit)
1/2 cawan perahan lime jus
2 1/2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
1 cawan tepung beras utk menggoreng
Minyak secukupnya utk menggoreng
Bahan Kisar Halus:
1 sudu besar ketumbar
11/2 sudu teh jintan kasar
1 1/2 sudu teh jintan halus
3 ulas bawang putih
1 1/2 inch kunyit hidup
2 batang serai
2 biji buah keras
1/2 sudu teh lada hitam
4 sudu besar susu cair
3 sudu besar santan pekat
Cara Menyediakan:
1. Ayam direbus selama 10 minit,toskan dan sejukkan
2. Perapkan ayam dgn semua bahan-bahan sekurang-kurangnya 3 jam..lagi lama perap,lagi sedap...JT sarankan perap semalaman...ummmppphhhhh!!!
4. Bila sudah cukup masa perapan, panaskan minyak untuk menggoreng,tabur tepung beras pada ayam yang diperap,gaul rata dan goreng hingga garing.
5. Sedia dihidangkan.