Salam...n Mabuhayy....
ni Rin nak ajar resepi plg senang skali....campak-campak...siap..hahaha...
Bahan-bahan :
Ayam / Daging (Rin ambik ayam yg cuma bhgn peha shj..1 bahagian)
1 camca teh serbuk ketumbar (klau takda blh pkai yg biji..tumbuk sedikit)
1 camca teh serbuk jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 inch halia yg ditumbuk
1 btg serai yg diketuk
1 biji bawang sederhana besar dimayang
1 camca teh serbuk kunyit
sedikit perahan asam limau
2 sudu madu
sedikit garam
cili yg dihiris nipis sbg hiasan
Cara-cara menyediakan:
1. kelarkan sedikit bahagian peha ayam tu dan cucuk2 kan ayam supaya bahan2 boleh menyerap dan memudahkan proses memasak..
2.gaulkan ayam dgn garam+serbuk kunyit dan semua bahan yg ada disudahi dgn perahan air limau nipis dan madu..letakkan bawang dan serai yg diketuk di atas ayam dan perapkan seketika (nk lbh sedap..perap lbh lama)..
3. lapiskan loyang dgn kertas aluminiun dan sedikit mentega dibawah ayam serta letakkan juga kertas aluminium diatas ayam utk mengelakkan terlalu garing atau hangus...kemudian bakar didalam oven dlm masa 30 minit dlm suhu antara 180-200darjah celcius ..jenis pembakaran pilih both iaitu pembakaran atas dan bawah..
selepas 30 minit...sedia dihidangkan...selamat mencuba!!