Salam...hye all...
Oh my dear all..hihihi..hari ni JT a.k.a Jejari Tembam malas sgt nk masak..taktau la kenapa...tp kalau tak masak..nk makan apa..hihi....hajat di hati smlm...ingatkan nk masak soto..tapi tak jadi sbb malas nk keluar cari bahan....so masak je la apa yg ada....ok,ni pun resepi yg senang je..kacang je ni....hehehe....sorry yea..sbb malas,so malas nk hias cantik2..hehe..janji sedap kan...
Bahan-bahan A:
Ikan cencaru yg telah dibersihkan..belah ditengah2 tapi jgn sampai terputus yea.
1 sudu olive oil
sedikit garam
sedikit gula
1/2 btg serai yg dihiris nipis
2 1/2 sudu besar air perahan limau nipis
1 biji buah pear yg dihiris sederhana nipis
Bahan-bahan B (dikisar)
1/2 biji bawang besar (jgn bsr sgt..sederhana je..)
3 biji cili padi (kalau taknak pedas,pakai cili biasa je)
1 biji bawang putih
sehiris halia
1/2 biji tomato
3 hiris btg serai
Cara-cara menyediakan:
1. lumurkan dan perapkan kesemua bahan B dan sudahi dgn bahan-bahan A seperti olive oil+garam+gula dan 1/2 drpd air limau nipis..jgn lupa lumurkan sehingga ke bahagian dalam yg dibelah...akhir sekali letakkan serai yg telah dihiris nipis di atas ikan dan jirus baki air limau nipis yg berbaki dan tabur je buah pear tu di atas ikan..panaskan oven semasa ikan diperapkan dgn suhu 200 darjah celcius....biarkan ikan diperap selama 5-10 minit kemudian bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 20-30 minit.
* pstt:// kalau ada daun pisang..balut dgn daun pisang baru bakar..lagi sedap aromanya..