

haa...mengenai khasiat MADU LEBAH...
dalam Al-Quran, surah al-Nahl ayat 68, Allah menjelaskan bahawa madu yg keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit yang ada kaitan dengan otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa,amalan meminum lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut. Dalam Tib al-Nabawi, Ibn Qayyim al-Jauzi memetik hadis Rasulullah SAW: bermaksud " Hendaklah kamu sentiasa berubat dengan dua jenis penyembuh,iaitu madu lebah dan Al-Quran." (Riwayat Ibn Majah)
Fungsi Madu Lebah?
Bahan-bahan yang terdapat di dlm madu lebah bertindak sbg:
- makanan berzat yang bermutu tinggi
-makanan penjagaan kesihatan
-ubat kepada pelbagai jenis penyakit
-sumber tenaga
Keistimewaan Madu Lebah?
* mencerdikkan akal
*baik utk kesihatan
*tidak mengganggu selaput dinding sistem penghadaman
*mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
*membekalkan tenaga yg diperlukan oleh badan dgn cepat.
*membantu memulihkan tenaga seseorg yang menggunakan tenaga dgn banyak spt pelajar,buruh,petani,ahli sukan dll.
* walaupun mengandungi gula,ia drpd jenis yg mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang
* mempunyai kesan laxative semula jadi bagi melawas pembuangan air besar.
* amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
* madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada.Ia boleh memberikan pelindungan kpd pelbagai jenis penyakit.
Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak di dalam dada dan kerongkong, yg menyebabkan lupa.Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.
Kandungan Zat Madu Lebah?
Vitamin::
Vitamin A, B-Komplek, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K.
Zat Galian::
Kalsium, Sulfur,Fosforus, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Manganese, Silika, Riboflavin, Protein , Potassium.
ada mcm2 lagi khasiat madu ni sebenarnya..tapi tak larat la nk kupaskan di sini..hehehe...a.k.a..malas nak menaip la sebenarnyer tu..hihi...erm,madu ni biasanya mmg mudah disediakan...JT selalu rebus telur separuh masak kemudian campurkan sedikit madu dan mkn mcmtu je..nyummy...kalau tak blh tdo...ambil air suam suam suku tu..ambil sesudu dua madu..campurkan dan minum...insyaAllah...blh tdo lena...try la..kay?
haaa....banyak khasiatnyer kan...so bsok JT akan sharekan beberapa resepi yang berkaitan dgn madu yea...so nantikan resepi berkhasiat dari JT yea....tungguuuuuu.....