Thursday, September 13, 2012

Sup Ayam Bukhari Jejari Tembam

Salam semua...pa habaq...sihat kaa...

Haaa...tetibe je nak berloghat kedah...hihihi..takde mengena ngan entry ni pun...kali ni JT nak share kan  resepi sup...sape suka makan sup? JT kurang suka tapi suami JT suka...hurm..kalau ikut resepi my mom...mmg pekat dan penuh rempah ratus sup ayamnya....mmg terangkat la ke'power'an nya...tp suami JT kurang suka jika terlalu berempah ratus...hurm...jadi JT modified la sket..(bukan sikit...JT cipta baru btul ...baru bg diri JT la...klau u all dah tahu buat mcmni..tak kisahla...yang penting JT mmg baru buat dan takde cedok mana2..google pun takkkk..hokehhh) hurmmm kenapa namanya bukhari yekkk?? cuba check it out sket!

Jom tgok2 resepi ni..

SUP AYAM BUKHARI


JT masak sikit je..almaklumla duk berdua je..lgpun untuk sekali makan je..Oh yea..ni bukan sbb banyak minyak menumis tp minyak dari  lemak ayam sbb JT masukkan dengan kulit2 nya sekali...huhu


Bahan-bahan

Ayam yang dibersihkan dipotong kecil2..(kalau nak lagi best..gunakan bahagian tulang dan bahagian peha la..)
1 biji Ubi Kentang (dipotong dadu)
1/2 biji Lobak Merah /Carrot (dipotong 4/6)
1 biji Tomato (dibelah 8)
3 ulas Bawang Merah Kecil (dihiris nipis)
2 ulas Bawang Putih (diketuk)
3 biji cili kecil (diketuk)
3 sudu besar Rempah Nasi Bukhari (JT guna brand Faiza- dpt free masa beli beras Faiza..hihihi)
1 1/2 sudu Serbuk Pati Ayam Knorr
sedikit garam dan gula secukup rasa
1 camca teh minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah,bawang putih dan cili seketika sehingga naik bau,
2. Masukkan ayam dan tumis seketika sehingga separa masak. Masukkan air secukupnya untuk sup.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan masukkan ubi kentang dan lobak merah
4. Biarkan mereneh dengan api yang sederhana besar.
5. Setelah ubi kentang cukup empuk, perasakan dengan serbuk pati ayam,garam dan gula dan biarkan mendidih.
Sedia dihidangkan...senang sgt masak ni..tak payah nak tunggu2..boleh letak..then lepak depan TV pun takpe..senang dan sedap...kalau ada batang  saderi..boleh letak juga bersama daun sup dan bawang goreng...JT takde jd tak letak la...

tips dari dapur JT (^-^)/
- sup sangat sedap kalau direneh lama dengan api yang perlahan..
-kalau ada serbuk masakan ayam kurma..boleh letakkan sedikit..rasanya lbh sedap...
- sup ini juga boleh dihidangkan untuk dimakan dengan bihun atau mee kuning :-)

Sayur Goreng Udang

Salam...hye halluuuuu...

Kali ni JT nak share resepi kepada yang suka makan sayur....hihihi....almaklumla...rasanya ramai yang tahu...JT tak berapa gemar makan sayur...hahaha...tp boleh makan sebenarnya...tp klau diberikan pilihan...hurmm..jawapannya...NO THANKS...hihihih

okla...ni resepi mudah juga...lauk+sayur...kan senang..sekali masak je...

SAYUR GORENG UDANG

close up picture...sbb JT buat sikit je ni...klau close up..nmpk bnyk sket..hihi

Bahan-bahan

1 Mangkuk Udang Sederhana Besar (dikupas kulitnya dan dibasuh bersih)
Kobis yang siap dipotong sesedap rasa (cuba korg potong dadu..leh tak?hihihi)
Carrot yang dihiris nipis dan panjang2..(kalau nak potong membulat pun boleh)
2 ulas Bawang Merah kecil (dihiris nipis)
1 ulas Bawang Putih (diketuk)
3 biji Cili Kecil (dipotong nipis atau diketuk)
1 inci Halia (diketuk)
1 sudu bsr Sos Tiram
1 sudu bsr Kicap Manis
1/2 sudu minyak bijan
1 sudu besar Serbuk Pati Ayam Knorr
 Sedikit garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili seketika.
2. Masukkan udang dan sos tiram,kicap manis dan serbuk pati ayam kemudian masukkan sayur kobis dan carrot.
3. Masukkan sedikit air ,minyak bijan dan tutup kuali supaya sayur sedikit layu.
4. Perasakan dengan garam dan biarkan seketika dengan suhu api yang perlahan.
Sedia dihidangkan :-)

tips dari dapur JT (^-^)/
- apabila memasak sayuran terutamanya sayuran hijau..jangan terlalu terlebih masak kerana sayur tersebut akan kehilangan zat nya...
- sayur kobis diatas,jangan terlalu layu..biarkan 'crunchy' sedikit...dan pastikan apabila anda mencucinya...cucilah daun kobis tersebut disetiap helaian...manala tahu..ada 'monster' meliut2 di celahan daun tu klau kita tak membeleknya betul2...hihihi



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...