Wednesday, September 12, 2012

Ikan Tenggiri Masak Sambal Cili Kering

Salam...

Whatzupppp...per kabo...JT macam ni la...kejap ok...blh loncat2 menari2..kejap kang terbaring je la....huhuhu...jgn ditanya pertanyaan lanjut sbb JT tak bukak kaunter pertanyaan...hahahaha

ok2...taknak celoteh pjg...JT nak share lagi satu resepi...apa tu..check it out!

IKAN TENGGIRI MASAK SAMBAL CILI KERING

sorryla..gambar tak brp menarik...malas nak hias2 lgpun pkai camera henpon je.

Bahan-bahan

Ikan Tenggiri yang sudah dibasuh. (letak sedikit garam dan kunyit, goreng garing)
1 biji bawang besar (dimesin)
1 ulas bawang putih (dimesin)
1/2 inci halia (dimesin)
4 biji cili hijau kecil (bukan cili besar atau cili padi..)
5 biji cili kering (potong 2)
1/2 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh lime juice (perahan limau nipis/lemon pun blh..JT guna ready made lime juice)
3 sudu bsr kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu bsr sos cili
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
1/2 biji bawang utk hiasan


Cara Penyediaan
1. Goreng ikan sehingga garing dan ketepikan
2.Tumis bahan2 yang dimesin sehingga naik bau, masukkan semua sos, kicap,lime juice , minyak bijan (klau tak suka dgn baunya..tak pyh letak pun tak apa..) kemudian perasakan dgn garam dan gula dan gaul sebati .
3. Tambahkan sedikit air utk kuah, masukkan cili kering dan apabila kuah agak pekat,masukkan ikan dan gaul rata.
Sedia dihidangkan ...Mudah je kan...:-)

Rona Roni Makaroni Daging JT

Salam...hye :-)

Pekabo sume...hah..dh kuor dh bahse pahang kas ni...hihi...ok2..JT minta maaf la..dh lama tak upload resepi..bukan apa...rumit gak nak menaipnye...ditambah plak dgn kekangan-kekangan yang lain...huhu...mmg mencabar rasanya nak menaip bila 'tsunami kemalasan' melanda..puasa thn ni pun..JT jarang memasak...disebabkan faktor kesihatan...hurm..sejak duk je umah takde beraktiviti luar sgt ni..mmg bnyk la masalah kesihatan yg timbul...dulu aktif...gemuk pun takpe..badan sihat...nak plak faktor usia yg makin meningkat ni...huhu...nasib badan la....

Apapun...JT cubala sedaya upaya pupuk dan pujuk diri upload resepi2 sepanjang minggu ni yea....oh yea..kebanyakkan resepi JT kongsikan di sini..mmg senang,mudah dan ringkas....klau ikut perkiraan jam JT...(jam sepuloh hengget ni..uhukkss)...mmg menu2 ni hanya mengambil masa 30minit sahaja penyediaannya...tp terpulang jugala pada piawaian tahap kecekapan (PTK) masing2...klau dh kurang biasa ngan dapur..atau api dapur mmg kecik slow n steady atau ruangan terhad..atau ada gangguan makhluk halus..(oppsss bukan hantu tau..tp anak kecik le..nk susu ke nak titun ke..hihi)..jd takkan ler menjadi menu 30minit lg..hokey...ada paham...tarapapa yeay!

so jom intai resepiku ini..




RONA RONI MAKARONI DAGING 


Bahan-bahannya (saiz hidangan 3-4 org )


Makaroni yang direbus (rebus jgn lama,letakkan beberapa titis minyak zaitun dan sedikit garam dan pastikan jangan rebus terlalu lama sehingga saiznya jd terlalu kembang..atau jd terlebih masak)
Semangkuk kecil daging yg dipotong kecil2 (sape suka banyak..letakla banyak..blh digantikan dgn daging cincang)
1 biji bawang besar (dimesin)
2 ulas bawang putih (dimesin)
1/2 inci halia (dimesin)
3-4 biji cili hijau cili kampung bukan cili padi,blh ditambah bg yang suka pedas (dimesin)
1 sudu bsr sos cili (JT pkai Kimball)
1 bj Tomato yang dipotong dadu kecil2
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu bsr Sos Tiram (JT pkai Nona)
2 sudu bsr kicap manis
1 camca teh air limau nipis/perahan lemon
1/2 sudu bsr Sos Tomato (JT pkai Kimball)
1/2 Kiub Ayam Knorr
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan...

1. Rebus Makaroni sebagaimana cara diatas...angkat dan toskan...sambil toskan..gaulkan makaroni tersebut dengan minyak bijan..ketepikan...
2. Panaskan kuali dgn minyak zaitun..tumis bahan2 yang dimesin sehingga kekuningan dan naik bau...masukkan daging dan tomato yang tlh dipotong dadu..gorengkan sehingga daging masak rata
3. Masukkan sos2 tiram+cili+tomato +,kicap manis+air limau nipis dan kiub ayam ..gaulkan seketika...
4.Masukkan makaroni yang telah digaul minyak bijan dan gaulkan serata akhir sekali perasakan garam dan gula..
siap dihidangkan..mkn panas2 masyukkkk..masa selebihnya blh la kilatkan dapur semula..hihi

*tip di dapur JT  (^-^)/
 1. sambil rebus makaroni tu dh blh potong2 daging dan bahan lain..
2. sambil2 menumis blh basuh2 apa2 bekas yang dah digunakan..
3. semasa menumis jgn guna api bsr..tp sederhana..begitu juga slps dimasukkan kicap2 dan sbgnya..supaya tak cpt hangit hangus dan seangkatan dgnnya..:-)
4. jgn terlalu menggaul kasar slps makaroni dimasukkan nnti takda rupa makaroni dh..aiyooo
5. masak kne dgn hati yang ikhlas..baru dpt pahala :-)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...