Sunday, August 14, 2011

pancake dressing with honey n butter



Salam n hye all....

td dh buat penne...so this time Rin uploadkan cara-cara menyediakan pancake simple plak...

Bahan-bahan (saiz hidangan 2-4 org)::

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca teh tepung penaik
1 cawan yogurt asli (natural )
2 1/2 sudu besar gula perang (boleh juga gunakan gula pasir)
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air

Cara menyediakan:

1. Gaulkan tepung gandum+tepung penaik+yogurt+mentega+susu cair dan telur dan masukkan air...akhir sekali masukkan gula perang ..pukul hingga rata dan adunan menjadi licin dan berkilat..
2. rehatkan adunan selama 5 minit
3.gunakan kuali non-stick dan api yg perlahan...masukkan sedikit mentega sblm meletakkan adunan kedalam kuali dan bentukkan menjadi bulat...balikkan selepas 1 minit (pastikan guna api yg perlahan dan isi adunan jgn terlalu sedikit kalau tak ia akan jd nipis dan jgn terlalu tebal takut dalaman tak cukup masak)
2. sedia dihidangkan..dressing dgn madu dan butter atau syrup dan jam..kpd yg kurang suka makan manis..blh makan begitu shj..sedia dihidangkan panas atau sejuk..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...