Monday, September 19, 2011

Popia dan Sos Jejari Tembam

Salam...hye..haiyaaaa...wachaaaa...

hehe..sorry la lambat sket..biasala,JT dlm proses pembukaan kedai..jd banyak la yg perlu dibuat perancangan+perbincangan dgn investor2..hihi...tp utk tdk menghampakan..JT luangkan juga masa utk upload resepi JT yea..kali ni JT nk share kan resepi popia dan sos nya...haaa...JT tak mainla makan cicah dgn sos cili je..ada la caranya....cuba tau...ok ni dia resepi:

POPIA JEJARI TEMBAM

Bahan-bahan utk Popia

1 paket kulit popia saiz sederhana
1 carrot(dipotong halus)
1 timun (dipotong halus)
1/4 kobis (dipotong halus)
1/2 cawan isi ayam/ daging (dipotong dadu,bersihkan dan toskan)
sedikit garam
1 sudu teh ajishio (lada putih dan lada hitam)
1 sudu besar minyak utk menumis

Bahan mesin
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar

Cara Menyediakan

-panaskan minyak di dlm kuali dan tumiskan bahan mesin sehingga naik bau wangi
-masukkan isi ayam/daging dan goreng hingga masak
-masukkan garam+ajishio dan masukkan carrot dulu..biarkan separa masak
-kemudian masukkan kobis juga biarkan separa masak,akhir sekali masukkan timun gaul seketika dan angkat,toskan
-sediakan gam utk melekatkan popia (hanya ambil tepung gandung dan campurkan dgn sehikit air)
-ambil kulit popia,isikan inti dan gulung kemas2 dan gam kan dihujungnya dgn gam (tepung td)
-goreng dgn api sederhana bsr sehingga garing,sedia dihidangkan.

SOS POPIA JEJARI TEMBAM

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih(saiz agak bsr,klau kecil letak 3 ulas)-ditumbuk /cincang halus
1/2 inch halia-ditumbuk/cincang halus
1 sudu besar cili kering yg telah dimesin (klau nk lbh pedas blh tambah)
2 sudu besar sos cili (JT pakai sos cili kimball)
1/2 sudu cuka msk
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam
1 cawan air

Cara menyediakan

-masukkan bahan yg ditumbuk/cincang halus ke dlm periuk kecil dan goreng tanpa minyak (sangai)seketika kemudian masukkan air dan cili mesin
-biarkan air hampir mengelegak,masukkan sos+gula+cuka dan garam,kacau sebati
-biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat..kalau kurang pekat,cuma tambahkan sos cili dan kalau terlebih pedas,tambah gula. sedia dihidangkan bersama popia..

pst:// gambar JT upload bsok yea...hari tu lupa nak ambik gambar..dh masuk dlm bekas nk tapau baru teringat..malas dah la..hihihi

Friday, September 16, 2011

Rainbow Bread Cake Jejari Tembam





Salam semua....

sorry terlambat update sket..bukan apa..bila dh keluar tu tau2 je la...hihihi...haa...ni JT nk share resepi yg simple miple..(ala mcm biasala kan)..bukan apa..kdg2 rasa malas nk duduk kat dapur tu lama2..lagipun bnyk lagi keje boleh buat kan...td tgok ada bnyk gak la roti JT yg dh expired..tp belum berkulat..elok dari rupanya cuma bila dh expired tu..(ada la dlm 2-3 hari terlebih expired)..so nk buang sayang la pulak..klau duk kat kg..boleh la bg ayam makan..tp ni duk kt tgh bandar..mcmmnla kan..erm,asyik-asyik buat puding roti je kan..boring jugak..so baik olah sket..menu yg lbh sihat tak pyh pakai butter ke telur ke smua..haaa..sihat dan boleh mkn semula dan tak membazir...ok,jom tinjau2 resepi ni..

RAINBOW BREAD CAKE JEJARI TEMBAM

Bahan-bahan

Roti (disiat kecil2 atau lbh senang diblender je)
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
5 sudu besar gula kastor/gula halus/gula pasir
2 senduk kecil tepung
1 cawan tepung naik sendiri(self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder (ayakkan)
pewarna (JT pkai merah+kuning+biru)
sedikit madu utk hiasan

Cara menyediakan

-masukkan semua bahan- bahan (kecuali pewarna,tepung2 dan baking powder) ke dlm blender dan kisarkan.
- panaskan oven suhu 180'c dan sementara itu, masukkan bahan yg telah dikisar ke dlm bekas acuan pembakar,satukan tepung+self raising flour+baking powder,kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul..kemudian,letakkan pewarna dan gunakan garfu utk mencorakkannya..
-kemudian letakkan ke dalam oven.Bakar selama 20-30 minit.(masa ni dh boleh buat keje lain..hihi)
-bila dh cukup msk(boleh test dgn lidi..cucukkan..klau tak melekat di lidi..maknanya dh masak elok..dan bau harum roti semakin kuat)sejukkan dan dipotong cantik dan hidangkan bersama sedikit madu,sedia untuk dihidangkan.

hurm..senang kan...selamat mencuba..

Wednesday, September 14, 2011

Tupat Sutong Jejari Tembam





Salam semua...

hurm...mesti ramai yg nak cuba resepi ni kan...haaaa...buatnyer senang bangat..tp takleh mkn selalu...kolestrolllll....hihihi...menu ni glamer la kat kelantan...JT pun ada darah kelantan juga belah ma...ma pun jarang buat sbb abah tak mkn..abah JT org selangor..tak reti mkn mende gini..lgpun abah gout,takleh mkn seafood...hihi...JT mmg suka..sbb JT membesar ngan nenek atau JT panggil mok..dh meninggal lama dh..sejak tu tak dapat dh mkn tupat sutong...arwah mok buat mmg superb!! takde yg blh celen punyer..so tekak JT yg dh teringin sgt nk makan ni..minta tlg kwn yg reti buat..tak sampai2 kat JT...telan air liur je...sabar je la...so terpaksala JT cari resepi..tanya2 mak saudara JT iaitu makda...laa..senang je rupanya...hihihi..thanks makda..hurm ma ckp,makda ni mmg terer bab kuih muih kelantan ni..oppss lupa plak,makda ni adik my mom no 2..my mom anak sulung...hihi

TUPAT SUTONG JEJARI TEMBAM.

Bahan-bahan

8 ekor Sotong yg dicuci bersih..(klau tak bersih nnti nk makan bau hanyir..)
2 relung gula nisan
santan secukupnya
garam secukupnya
sedikit gula pasir
beras pulut secukupnya

Cara menyediakan
-cucikan sotong bersih2 dan isikan beras pulut ke dlm sotong lbh kurang 1/2 dari badan sotong tp jgn padatkan beras tu..nnti beras pulut jd jelantah pulak.
-selepas isikan,pinkan dgn lidi dan pinkan sekali kepala sotong tu sebagai penutup.
- susun kan ke dalam periuk elok2.
-pecah-pecahkan gula nisan tu dan tabur ke dlm periuk.
-masukkan santan secukupnya paras sotong tu.(asalkan sotong tenggelam,tp tak perlu banyak sgt)dan perasakan dgn garam kasar dan gula pasir.
-tutupkan periuk dan masak dgn api yg sgt perlahan.biarkan sehingga sotong dan beras pulut masak (sotong akan menjadi padat berisi).
-sejukkan dan sedia dihidangkan atau boleh dipotong sebelum dihidangkan.

Bihun Sup Siam Daging Jejari Tembam




Salam..Salam hamba buat semua...hihihi

haiyaaa.....bila dh ptg2..rasa mcm dh malas2 nk ke dapur tu..tp klau tiba2 suami lapar..so apa penyelesaiannya?? meh la jenguk resepi JT yg simple miple nie..tak ambik masa lama pun..meh tgok meh....

BIHUN SUP SIAM DAGING JEJARI TEMBAM.

Bahan-bahan

Bihun yg direbus dan toskan
Daging yg dihiris nipis atau dipotong kecil-kecil
1 sudu besar pati ayam
garam secukupnya
air secukupnya
daun sup yang dihiris

Bahan tumisan
1 bj bawang bsr
2 ulas bawang putih
2 inch halia
lada secukupnya tp tak perlu pedas sgt sbb ada sos lada kicap nnti
1/2 biji tomato sederhana besar
* semua bahan tumisan diatas hendaklah dikisar
1 inch kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
1/2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu bsr perencah sup siam adabi (klau pkai sudu janda buatla 2 sudu)
1 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara Menyediakan

-bihun yg sudah direbus,ketepikan dan toskan
- tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga garing dan naik bau bersama sedikit minyak
-selepas tumisan garing,masukkan daging dan gaul seketika sehingga daging sebati dgn bahan tumisan dan separa masak.
-kemudian masukkan air secukupnya utk menjadi kuah dan perasakan dgn garam dan pati ayam secukupnya.
-biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan bersama bihun yg telah ditoskan.
-untuk hiasan,boleh taburkan daun sup yg telah dihiris.


Sos Lada Kicap
1 biji bawang putih (dikisar)
5 biji cili hijau/cili api(dikisar)
1 sudu teh gula
1 sudu bsr air perahan limau kasturi
gaulkan kesemua bahan-bahan dan sedia dihidangkan.

haaaa...senangkan tak sampai setengah jam pun....jom cuba!!

Chicken Congee Jejari Tembam




Salam ...hye all...

Sorryla..JT dh lama tak menaip dlm blog ni..bukan apa,musim raya2 ni..mkn bnyk..bdn pun tak brp nk sihat..tu la malas nk membuka notebook ni..tp sbb dh lama..boring la plak kan...haaa...masa raya2 ni,bnyk umah terbuka...mkn..mkn..mkn....apakata bila kita dh blk umah tu,buatla mknn yg sihat dan simple pula...asyik berlemak+bersantan je kan...apa kata kita rebus-rebusan plak..hehee.....ok,ni JT share buat bubur yang boleh merangkap nasi air...pernah dgr ke?nasi air ni popular di negeri Kelantan..tp bukanla btul2 nasi air yg JT buat ni..klau nasi air tu,lain kali la JT sharekan resepinya yea...ok,ni dia resepi Chicken Congee Jejari Tembam..

Bahan-Bahan (saiz hidangan 2-4org)
- segenggam beras yg dikisar separa halus(JT pakai beras basmathi..klau takda,pkai beras biasa janji yg berkanji...ok)
-sesudu besar pati ayam (JT pakai knorr yg serbuk)
-garam secukup rasa
-air secukupnya/stok ayam

Cara menyediakan
- basuh beras yg telah dikisar dan toskan.
-panaskan periuk sederhana bsr dan masukkan beras dan air..air biar berlebihan sehingga 3/4 muatan periuk.
-masak dgn api yg perlahan,siapa yg ada slow cooker lg senang..masukkan semua bahan dan biarkan je..
-bila beras dah jd bubur,masukkan pati ayam dan garam..gaul rata dan biarkan btul2 masak...jgn biarkan iar terlalu kering.
- boleh bubur dh masak,boleh dihidangkan bersama ikan bilis/kacang goreng utk menjadi rencah atau telur hancur dan ikan kering utk mkn bersama.

ps/kalau tak habis..bubur tu boleh simpan dlm peti ais dan boleh tahan lama..bila nk mkn panaskan sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...