Saturday, August 8, 2020

08 Ogos yang paling sadis dalam sejarah hidup!

 Assalamualaikum....


Tepat jam 12 tengah malam ni.. 08 Ogos 2020..alhamdulillah, JT dah pun genap 37 tahun.. pejam celik dah 37 tahun dah bernafas di dunia ni...tahun ni, tahun yang paling menyedihkan dalam hidup JT..tapi semuanya telah tertulis takdirnya oleh Allah SWT.. Allah SWT lebih tau apa yang terbaik untuk JT.. jadi insyaAllah, JT akan jadi individu yang baru..yg lbh ceria, yg lbh gembira, yg lbh menghayati kehidupan yang bermakna pinjaman Allah SWT ni dan yang plg penting, JT akan mulakan hidup baru...harap semua follower JT akan doakan yang terbaik untuk JT. Tiada apa yang perlu dikesalkan kerana kenangan yang indah itu akan menjadi memori sepanjang hidup, manakala kenangan yang pahit tu adalah satu pengajaran hidup yang hanya akan jadi satu sejarah dalam kehidupan ini..

Sempena hari kelahiran JT yang ke 37 tahun ni.. JT nak ucapkan tksh banyak2 pada ibu JT yang bertarung nyawa lahirkan JT.. dan JT ni adalah anak yang plg lama yg mak JT kandungkan..40 minggu..sedap sgt duduk dalam perut agaknya, malas nk kuar tengok dunia...tp last2 kena paksa kuar juga la...rupanya kejam sgt kehidupan di dunia ni..tp ingatlah..Allah tak pernah zalim pada hambaNya..kita yang menzalimi diri sendiri...apapun pilihan ditangan kita..kalau pilihan yang kita buat tu salah..takpela, belajar la sesuatu daripada kesilapan tu..lpstu move on je la.. 

Ok, sempena birthday JT yang ke 37 ni juga..JT akan umumkan sesuatu dalam masa terdekat..so stay tune ok!!!

Okla..dah ngantuk..moh la tido...barang yang lepas jangan dikenang lagi..yg dihadapan tu kita fikirkan yea...

Tulus,

Jejari Tembam yang cuba meruncing..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...